1. Persiapan Sebelum Nikah (Prep Session). Jika tidak mahu kami cover sila maklumkan pada detail form yang perlu di isi sebelum majlis -

Bilik Bersiap :

DO :

  • Seboleh mungkin, gunakan bilik yang luas dan kemas hadkan jumlah orang dalam bilik – terlalu ramai akan ganggu sesi dan hasil gambar.
  • Gunakan tudung lilit kerana kami mungkin perlukan shot di dalam bilik untuk gambar detail barang yang perlu disediakan awal.
  • Sediakan baju nikah, veil, crown, kasut, aksesori, cincin di satu tempat yang mudah kami ambil.
  • Pastikan barang ini mudah dicapai dan teratur untuk sesi detail shot.
  • Sesi Bermula Bila?Kami bermula 2 jam sebelum majlis nikah. Jika nikah pagi dalam jam 9.00AM coverage hanya bermula jam 7 pagi ke atas sahaja. Jika makeup bermula lebih awal dari 7.00AM kami tetap akan bermula selepas jam 7.00AM.
  • Jika tidak mahu kami cover moment prep, kami akan terus ke lokasi akad nikah.
  • Prep siapa yang kami cover untuk Nikah? Fokus utama: Pengantin perempuan. Jika mahu sesi pengantin lelaki juga, pastikan lokasi bersiap di hotel/tempat yang sama.
  • Jika lokasi berbeza, anda perlu sediakan jurugambar kedua (additional charge)
  • Moment penting dalam prep. Mula shoot pengantin perempuan apabila pemakaian baju pengantin & tudung siap tetapi belum memakai veil/crown
  • Moment pakai veil & crown
  • Beberapa posing solo & bersama bridesmaid jika masa dan ruang mengizinkan. 

DON'T

  • Jangan biarkan bilik berselerak atau terlalu ramai orang.
  • Maklum jika tidak mahu sesi prep diambil. 



2. Lokasi Majlis Nikah -

Waktu kami tiba kami akan tiba di lokasi 30–45 minit lebih awal dari waktu nikah untuk persiapan dan setup dr segi lighting ataupun audio.

DO :

Moment Masuk Dewan / Ruang Nikah -

  • Jika ada sesi Dulang Boy & Girl masuk membawa hantaran pastikan dulang hantaran selesai diletak di tempat sepatutnya barulah sesi seterusnya dijalankan.
  • Didahului pengantin lelaki masuk ke ruang nikah sehingga duduk & apabila selesai barulah perempuan masuk sesi ini boleh ditemani bersama ibu bapa, atau iringan ahli keluarga atau sahabat. Pengantin berada dihadapan.
  • Semasa pengantin perempuan masuk pengantin lelaki boleh memandang momen pegantin perempuan masuk.
  • Jalan perlahan dan senyum – kami akan tangkap moment ini 


3.Kedudukan Di Meja Nikah -

DO :

  • Pastikan pengantin lelaki & jurunikah/wali duduk sedikit ke depan daripada saksi kiri & kanan, rapat ke meja untuk dapatkan angle gambar yang lebih jelas & kemas.
  • Jika pengantin perempuan duduk di pelamin semasa akad – itu lebih cantik (Namun, kami ikut arahan jurunikah. Jika perlu duduk dekat meja – kami akur).

DON'T :

  • Jangan jalan terlalu laju masuk dewan.
  • Jangan duduk terlalu ke belakang sehingga wajah tidak nampak dalam gambar. 


4. Proses Akad Nikah -

Semasa Akad:

DO:

  • Duduk tegak, relaks, dan senyum.
  • Jangan tunduk terlalu lama – ekspresi wajah sangat penting untuk gambar.
  • Ucap lafaz nikah, baca doa, akur janji & tandatangan dengan tenang.
  • Salam tangan jurunikah/wali jangan terlalu cepat/laju – ini moment penting.

DON'T:

  • Jangan tunduk terlalu lama semasa lafaz – ekspresi muka sangat penting.
  • Jangan salam terlalu laju – kami ingin tangkap emosi momen tersebut. 

Sesi Selepas Akad:

  • Bersalaman dengan keluarga – jangan tergesa-gesa, beri masa untuk capture emosi
  • Ambil ruang lapang untuk solat sunat nikah 


4. Sesi Selepas Akad Nikah -

Batal Air Sembahyang

  • Pengantin akan duduk di pelamin menghadap satu sama lain.
  • Moment ini akan diatur oleh jurugambar & videographer untuk hasil yang cantik.
  • Sila beri ruang masa 20–30 minit khas untuk sesi ini.
  • Jangan tergesa – kami akan pastikan susunan sesuai sebelum bermula.


5.Sesi Bergambar Selepas Nikah (Group Photo) -

DO :

Jika majlis nikah & sanding dibuat dalam hari yang sama, sesi bergambar perlu dipendekkan & diurus dengan baik. Kami cadangkan:

  • Gambar bersama keluarga besar kedua-dua belah pihak.
  • Beberapa keping bersama sahabat handai terdekat sahaja.

DON'T

  • Jangan tergesa-gesa ke sesi seterusnya tanpa inform jurugambar.
  • Jangan langkau sesi penting seperti gambar berdua atau keluarga. 


5. Sesi gambar berdua. Selepas itu, beri ruang 20–30 minit untuk gambar berdua di pelamin atau lokasi dalam kawasan majlis -

DO :

1. Berkomunikasi Dengan Jurugambar - Beritahu jurugambar jenis gambar yang anda suka (formal, romantik, candid) — mereka boleh bantu arahkan.

2. Jaga Postur Badan - Duduk atau berdiri tegak, bahu rileks — nampak lebih yakin dan bergaya.

3. Senyum Ikhlas - Senyuman tulus jauh lebih indah daripada senyuman yang dibuat-buat.

4. Gunakan Tangan Dengan Bijak - Pegang tangan pasangan, letak tangan di peha, peluk ringan.

5. Guna Aksesori atau Bunga - Jika ada bunga tangan, gunakan sebagai prop — boleh pelbagaikan gaya.



DON'T

1. Pose Terlalu Kaku – Elakkan nampak macam 'beratur untuk gambar IC' — cuba nampak relaks dan beremosi.

2. Elak Pandang Kamera Sepanjang Masa – Variasikan pandangan: ke pasangan, ke bawah, atau jauh ke depan — tak perlu pandang kamera setiap shot. Photographer akan bantu.

3. Jangan Over-Pose – Pose yang terlalu dramatik kadang-kadang nampak pelik, terutama kalau tidak kena dengan tema perkahwinan anda.

4. Elakkan Muka Bosan atau Penat – Ambil masa rehat sekejap jika terlalu lama di pelamin

5. Jangan Abaikan Kemas Kini Baju & Aksesori – Sentiasa pastikan tudung, songkok, veil, baju dan hiasan dalam keadaan kemas sebelum snap. Photographer akan memastikan juga kekemasan ini 

6. Tukar Baju untuk Majlis Sanding (JIKA MAJLIS NIKAH & SANDING SEHARI) -

  • Selesai semua sesi nikah & bergambar, barulah pengantin masuk ke sesi tukar baju sanding.
  • Sebelum kami memulakan cover untuk prep sanding gambar hantaran akan diambil sebelum family angkat hantaran untuk simpan pastikan photo & video dah ambil gambar atau footage.
  • Photographer akan beri isyarat bila semua shoot nikah selesai.
  • Sementara pengantin bersiap untuk sanding photographer akan ambil masa sedikit untuk shoot di dewan & candid family & guest. 


7. Penutup: Kami Ada Untuk Anda Sebagai jurugambar, kami sentiasa berusaha beri yang terbaik — tetapi hasil kami yang cantik datang daripada:

  • Kerjasama pengantin & keluarga.
  • Perancangan masa yang teratur.
  • Mood yang tenang & relaks sepanjang hari.
  • Jika ada acara baling bunga atau send-off — beritahu kami awal.
  • Jika ada sesi malam dan kawasan agak gelap maklum pada kami supaya kami alert untuk readykan pencahayaan.
  • Jika ada ucapan, surprise atau moment khas – beritahu kami awal.
  • Kami hargai setiap senyuman, setiap moment, dan setiap ruang yang anda beri.


JIKA ADA P.I.C BOLEH FOLLOW P.I.C SHJ PANDUAN INI HANYA UNTUK MEMASTIKAN DALAM GAMBAR/VIDEO LEBIH CANTIK & KEMAS.