1. Prep Sanding (Persiapan Majlis Sanding) Jika tidak mahu kami cover sila maklumkan pada detail form yang perlu di isi sebelum majlis -
DO:
- Seboleh mungkin, gunakan bilik yang luas dan kemas hadkan jumlah orang dalam bilik – terlalu ramai akan ganggu sesi dan hasil gambar.
- Gunakan tudung lilit kerana kami mungkin perlukan shot di dalam bilik untuk gambar detail barang yang perlu disediakan awal.
- Kami akan mula 2 jam sebelum majlis sanding shj. Boleh maklum pada form yang akan di isi untuk photo/video menyesuaikan masa waktu hadir ke prep.
- Bilik pengantin kemas.
- Baju sanding, aksesori, kasut, hand bouquet disediakan awal untuk sesi detail.
- Jika ada MUA tukar look: kami akan rakam touch up moment, crown, veil & final look. - UNTUK NIKAH & SANDING SAMEDAY
- Kedua-dua pengantin:
- Jika lelaki & perempuan berada di lokasi sama, kami akan shoot prep kedua-duanya
- Jika lokasi berbeza, anda perlu sediakan photographer kedua (additional charge)
DON'T
- Jangan ubah lokasi last minute tanpa maklumkan kami.
- UNTUK NIKAH & SANDING SAMEDAY - Jangan tangguh prep terlalu lama — jadual perlu tepat. Prep sanding bermula selepas pengantin selesai sesi nikah & bergambar.
2.Sesi Naik Pelamin (Majlis Sanding) -
Waktu Pengantin Masuk Dewan:
- Jalan perlahan, serentak dan tersenyum.
- Jika boleh, berhenti sekejap di entrance untuk ambil gambar penuh pasangan
- Jika ada pengiring (bridesmaid, bestman, family), sila ikut susunan yang teratur. Semasa berjalan sebaiknya penganti dihadapan atau jika ada pengiring dihadapan dijarakkan supaya pengantin tidak tenggelam di dalam kamera
- Jika naik tangga pastikan pengantin lelaki naik terlebih dahulu dan sambut isteri dengan perlahan dan iring sampai ke depan kerusi pelamin. Tidak perlu kelam kabut.
3.Duduk Di Pelamin -
- Duduk rapat & tegakkan badan tapi santai, jangan terlalu ke belakang.
- Pastikan posisi berhampiran bahagian hadapan pelamin untuk framing yang cantik.
- Elakkan postur badan terlalu tunduk — senyum & pandang kamera bila diarahkan.
4.Tepung Tawar & Salam Restu -
DO:
- Pengantin lelaki perlu bergerak sedikit ke depan untuk memberi ruang/angle photo & video yang lebih kemas semasa sesi tepung tawar.
- Ibu bapa naik ke pelamin dan berhenti ke belakang sedikit.
- Selepas itu, seorang demi seorang untuk bersalam dengan pengantin.
- Semasa salam, mohon pengantin salam, pandang & peluk cium ibu bapa – ini akan hasilkan moment penuh emosi dan bermakna.
- Selepas selesai sesi salam restu & tepung tawar, barulah sesi bergambar bersama ibu bapa. Ini terpulang kepada Ecent Coodinator/Emcee untuk sesi bergambar terus atau tidak.
DON'T
- Jangan duduk terlalu ke belakang atau terlalu tunduk.
- Jangan ibu bapa salam serentak ke pengantin kerana angle muka akan kena block untuk kami capture.
- Jangan tergesa dalam sesi salam — ini momen paling menyentuh hati.
5. Makan Beradab -
DO:
- Duduk di meja beradab dengan meja kemas dan teratur.
- Jangan makan dahulu kami akan ambil gambar pengantin photo & video akan maklumkan apabila boleh makan.
- Ambil masa untuk makan perlahan, berbual dan senyum dengan pasangan.
- Moment suap menyuap: lakukan perlahan & semula jadi — jurugambar akan ambil candid.
- Sekadar tambahan, semasa pengantin makan mungkin photographer akan makan juga dan mengambil moment dekat depan pintu masuk. Untuk makluman client.
DON'T:
- Letak barang peribadi atas meja (beg, telefon).
- Selesai makan terlalu cepat tanpa beri masa kami rakam suasana.
6. Potong Kek -
DO:
- Berdiri bersebelahan & pegang pisau potong kek bersama
- Senyum, pandang pasangan & sesekali pandang kamera
- Suap kek perlahan dengan gaya manja dan tertib — ini moment yang kami akan fokus
- Jika ada ucapan, beri sedikit ruang masa sebelum/selepas potong kek untuk rakam emosi.
DON'T:
- Potong kek terlalu cepat tanpa beri signal kepada jurugambar
7. Group Photo -
Susunan Dicadangkan:
1. Keluarga belah pengantin perempuan .
2. Keluarga belah pengantin lelaki.
3. Keluarga gabungan.
4. Rakan rapat, bridesmaid/groomsmen.
5. Kumpulan sahabat & tetamu.
Tips penting:
- Kami akan arahkan posisi setiap group – ikut saja susunan
- Biar pengantin tetap di tengah dalam semua group photo
- Kalau masa terhad, buat satu gambar besar dan beberapa gambar kecil selepas itu.
8. Sesi gambar berdua. Selepas itu, beri ruang 20–30 minit untuk gambar berdua di pelamin sebelum keluar untuk sesi outdoor -
DO:
- Berkomunikasi Dengan Jurugambar - Beritahu jurugambar jenis gambar yang anda suka (formal, romantik, candid) — mereka boleh bantu arahkan.
- Jaga Postur Badan - Duduk atau berdiri tegak, bahu rileks — nampak lebih yakin dan bergaya.
- Senyum Ikhlas - Senyuman tulus jauh lebih indah daripada senyuman yang dibuat-buat.
- Gunakan Tangan Dengan Bijak - Pegang tangan pasangan, letak tangan di peha, peluk ringan.
- Guna Aksesori atau Bunga - Jika ada bunga tangan, gunakan sebagai prop — boleh pelbagaikan gaya.
DON'T
- Pose Terlalu Kaku — cuba nampak relaks dan beremosi.
- Elak Pandang Kamera Sepanjang Masa – Variasikan pandangan: ke pasangan, ke bawah, atau jauh ke depan — tak perlu pandang kamera setiap shot. Photographer akan bantu.
- Jangan Over-Pose – Pose yang terlalu dramatik kadang-kadang nampak pelik, terutama kalau tidak kena dengan tema perkahwinan anda.
- Elakkan Muka Bosan atau Penat – Ambil masa rehat sekejap jika terlalu lama di pelamin
- Jangan Abaikan Kemas Kini Baju & Aksesori – Sentiasa pastikan tudung, songkok, veil, baju dan hiasan dalam keadaan kemas sebelum snap. Photographer akan memastikan juga kekemasan ini
9. Sesi Outdoor Waktu ideal: Antara jam 4.00 – 5.00 petang. Jika perlu awal lagi sila maklumkan pada kami untuk susun masa -
DO:
- kasut sesuai untuk outdoor.
- Bawa touch-up kit: tisu, bedak, lipstick, pin tudung.
- Trust photographer – lokasi mungkin biasa, tapi hasil luar biasa.
DON'T
- Jangan bawa terlalu ramai orang ke lokasi outdoor — ia mengganggu suasana dan fokus.
10. Penutup: Kami Ada Untuk Anda Sebagai jurugambar, kami sentiasa berusaha beri yang terbaik — tetapi hasil kami yang cantik datang daripada -
- Kerjasama pengantin & keluarga.
- Perancangan masa yang teratur.
- Mood yang tenang & relaks sepanjang hari.
- Jika ada acara baling bunga atau send-off — beritahu kami awal.
- Jika ada sesi malam dan kawasan agak gelap maklum pada kami supaya kami alert untuk readykan pencahayaan.
- Jika ada ucapan, surprise atau moment khas – beritahu kami awal.
- Kami hargai setiap senyuman, setiap moment, dan setiap ruang yang anda beri.
JIKA ADA P.I.C BOLEH FOLLOW P.I.C SHJ PANDUAN INI HANYA UNTUK MEMASTIKAN DALAM GAMBAR/VIDEO LEBIH CANTIK & KEMAS.